星洲网
星洲网
星洲网 登入
Newsletter|星洲网 Newsletter 联络我们|星洲网 联络我们 登广告|星洲网 登广告 关于我们|星洲网 关于我们 活动|星洲网 活动

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

地方

|

砂专栏/交流站

发布: 9:00am 25/11/2025

语文出版局星洲 合力推广学国语(31)

语文出版局砂拉越分局与星洲日报携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。

ADVERTISEMENT

有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。

NADA KONTEMPLASI DAN EKSPRESI ELEGI DALAM SAJAK
Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil

SAJAK “Sudut Hati” karya Emilia Kong Ing Xin membuka tirai dengan suasana malam yang sunyi, menjadi latar bagi pencarian batin yang mendalam. Penggunaan imejan seperti “cahaya bulan yang lemah” dan “sudut hati yang berdebu” melambangkan proses introspeksi dan pembersihan jiwa。

Nada kontemplasinya membawa pembaca menyelami ruang sunyi dalam diri, tempat fikiran bebas merenung dan mengenang. Secara keseluruhan, pembukaan sajak ini mengajak pembaca untuk membuka jendela hati dan menerima cahaya perubahan, walau sekecil apa pun sinarnya。

Sajak ini mengangkat tema utamanya, iaitu pencarian dan penemuan jati dirimelalui perjalanan batin yang sunyi dan reflektif. Ia menggambarkan transformasidalaman, iaitu daripada kekeliruan kepada kesedaran, daripada kehilangan kepada penemuan diri yang sebenar。

Selain itu, sajak ini mengandungi pemikiran utama bahawa melalui kesunyian dan renungan mendalam, seseorang dapat menemui semula jati diri, menerima ketidaksempurnaan dan memperoleh kekuatan untuk bangkit semula。

Sajak“Sudut Hati”menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menyampaikan emosi dan pemikiran secara mendalam dan puitis. Antaranya, personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau konsep abstrak. Ini dapat dilihat melalui frasa “Hati perlahan membuka jendela”–hati digambarkan seolah-olah mampu membuka jendela; dan “Setiap hela nafas menjadi gema kesedaran”, nafas digambarkan menghasilkan gema, seolah-olah ia berbicara。
Penulis juga bijak menggunakan gaya bahasa metafora seperti “Sudut yang lama diselubungi debu”, yang menggambarkan bahagian hati atau kenangan yang lama terpendam。

Selain itu, penulis juga menggunakan perbandingan (simile) dalam sajak ini melalui frasa “Waktu mengalir bagai pasir halus di genggaman”, yang menggambarkan betapa cepat dan halusnya masa berlalu。

Terdapat juga pengulangan (repetisi) melalui ungkapan“Di sini…”yang diulang untuk menegaskan tempat refleksi dan pencarian diri; dan “Setiap…” yang digunakan untuk menunjukkan kesinambungan pengalaman dan perasaan. Sesuai dengan nadanya yang bersifat melankolik dan reflektif。

Gambaran visual (imejan) pula dapat dilihat melalui frasa“Cahaya bulan lemah menyinari” dan“pasir halus di genggaman”mencipta suasana yang lembut dan mendalam。

Antara kekuatan sajak“Sudut Hati”ialah penggunaan imejan yang kuat dan simbolik yang membangkitkan suasana tenang dan introspektif. Nadanya yang bersifat reflektif dan mendalam sesuai dengan tema pencarian jati diri dan pemulihan emosi. Sudah tentunya kekuatan sajak ini terletak pada gaya bahasanya yang puitis dan bervariasi, memperkaya ekspresi sajak dan menjadikannya lebih berkesan secara estetik. Ini termasuklah perkembangan emosi yang jelas ditonjolkan oleh penulis, bermula dengan kekeliruan dan kesunyian, berakhir dengan keberanian dan harapan – menunjukkan perjalanan batin yang lengkap。

Kelemahannya pula dilihat daripada segi strukturnya yang kurang konsisten – tiada pembahagian rangkap yang jelas atau pola irama tetap. Selain itu, pengulangan idea tanpa variasi ungkapan juga boleh menimbulkan rasa monoton oleh pembaca. Akhir sekali, kelemahan yang ketara iaitu kurangnya elemen konflik atau ketegangan walaupun sajak ini bersifat reflektif yang mungkin menjadikan naratif emosi kurang mencengkam. Secara keseluruhan, sajak ini kuat daripada segi emosi dan bahasa, tetapi boleh diperkemas daripada segi struktur dan dinamik naratif。

Sajak “Saksi Bisu Kasihmu” karya Jasmin Norhasfitri pula membawa suasana pilu yang menyentuh hati, mengenang kehilangan seorang ayah tercinta pada tanggal 26 Oktober 1999. Walaupun penulis tidak sempat mengenali suara dan pelukan seorang ayah, keyakinan terhadap kasih yang mendalam tetap terpancar. Sajak ini menyentuh menonjolkan kasih sayang yang tidak terpadam dek waktu, menjadikan tulisan seorang ayah sebagai medium penghubung antara jiwa yang terpisah oleh takdir。

Sajak ini mengangkat tema utama kasih sayang seorang ayah yang kekal dalam ingatan meskipun telah tiada dan dikenang melalui tenunan aksara dari sebuah diari yang ditinggalkan. Sajak ini juga menyampaikan pemikiran utama bahawa walaupun seseorang yang disayangi telah tiada, kasih sayangnya tetap hidup dan dikenang sebagai sumber kekuatan dan cahaya dalam kehidupan seorang yang bergelar anak. Ia mengajak pembaca merenung tentang nilai kasih yang melampaui kehadiran fizikal dan kenangan serta tulisan yang mampu menjadi jambatan antara masa lalu dan masa kini。

Antara gaya bahasa yang ditonjolkan oleh penulis ialah personifikasi, melalui frasa“Langit 26 Oktober 1999 menyimpan pilu”–langit digambarkan seolah-olah mampu menyimpan perasaan sedih; dan“Diari tulisanmu jadi saksi bisu”–diari digambarkan sebagai saksi sebuah kenangan。

Penggunaan metafora boleh dilihat melalui frasa“Kasihmu seluas samudera waktu”iaitu kasih ayah digambarkan luas dan abadi seperti samudera yang merentasi masa; dan “Pelita jiwa”–ayah diibaratkan sebagai cahaya yang menerangi kehidupan anak。

Penulis juga menggunakan perbandingan atau simile melalui frasa“Setiap kata bagaikan nafas dalam sunyi”yang menunjukkan betapa bermaknanya setiap tulisan ayah dalam kesunyian hidup anak。

Pengulangan pula dapat dilihat melalui frasa“Diari tulisanmu…”untuk menegaskan peranan tulisan sebagai penghubung kasih; dan“Babah…”untuk menonjolkan kerinduan dan keintiman hubungan. Sajak ini bernada melankolik dan reflektif di samping penggunaan imejan seperti “Samudera waktu”, “pelita jiwa” dan“jalan pulang”yang mencipta suasana puitis dan mendalam yang menyentuh jiwa pembaca。

Kekuatan sajak“Saksi Bisu Kasihmu”ialah emosi yang mendalam selain penggunaan simbol yang memberi nuansa melankolik. Gaya bahasa yang puitis dan variatif juga menambah kekuatan sajak ini yang dilihat konsisten dengan nada pilu dan reflektif. Temanya yang bersifat universal, iaitu kehilangan orang tersayang dan warisan kasih melalui tulisan begitu dekat di hati pembaca。

Meskipun begitu, strukturnya yang kurang teratur (tiada pembahagian rangkap yang jelas) dan pengulangan idea tanpa perkembangan baharu juga melemahkan sajak ini kerana beberapa baris mengulang rasa rindu dan kehilangan tanpa menambah dimensi atau perspektif baharu di samping kurangnya elemen naratif atau penceritaan yang boleh memperkuat hubungan pembaca dengan watak ayah。

打开全文

ADVERTISEMENT

热门新闻

百格视频

ADVERTISEMENT

点击 可阅读下一则新闻

ADVERTISEMENT