语文出版局星洲 合力推广学国语(29)


语文出版局砂拉越分局与星洲日报携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。
有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。
ADVERTISEMENT

Stimulus Perjuangan Ilmu dan Estetika Zaman Muda dalam Sajak
Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil
SAJAK “Meniti Hari di Menengah Tinggi Tiga” karya Jacqueline Tiong Kung Ling menggambarkan perjalanan seorang pelajar menengah tinggi yang penuh cabaran, harapan dan semangat juang. Ia menyentuh aspek kehidupan harian pelajar yang sarat dengan usaha, pengorbanan dan impian masa depan. Sajak ini bukan sekadar
luahan rasa tetapi juga motivasi kepada pelajar agar terus berusaha dan tidak berputus asa。

Sajak ini menyorot tema utama perjuangan pelajar dalam menuntut ilmusebagai bekalan untuk mencapai impian dan masa depan yang cerah dengan menekankan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi hasil daripada usaha berterusan dan semangat yang tidak goyah. Sajak ini juga mengetengahkan pemikiran bahawa kejayaan dalam hidup, khususnya dalam pelajaran, hanya dapat
dicapai melalui kesungguhan, ketabahan dan semangat yang tidak pernah luntur。
Sajak ini menggunakan pelbagai gaya bahasa yang memperindah
penyampaian dan memperkukuh mesejnya. Antaranya adalah penggunaan metafora melalui frasa “hari-hari berlalu, bagaikan arus” – masa digambarkan seperti arus sungai, dan frasa “mentari Jun pasti bersinar terang” – mentari sebagai kejayaan yang dinanti selepas musim berjuang. Personifikasi pula dapat dilihat melalui frasa “masa berlari, tiada yang lurus”, seolah-olah masa ialah makhluk hidup yang berlari, menekankan kepantasan dan ketidaktentuan perjalanan hidup, dan frasa “Nasihat guru penyuluh minda” yang menggambarkan nasihat sebagai cahaya yang menerangi fikiran, menunjukkan peranan guru sebagai pembimbing。
Selain itu, terdapat juga rima dan irama dalam sajak ini pada rangkap ke-5, iaitu “payah – rebah – menyala – nyata”, yang mewujudkan kesan muzikal dan menjadikan sajak lebih mudah dihayati serta diingati. Dari segi asonansi dan aliterasi pula, iaitu pengulangan bunyi vokal dan konsonan seperti “tekad yang keras” dan “suara bacaan mengisi hari” menambah keindahan bunyi dan kesan dramatik. Sajak ini juga mempunyai unsur simbolisme melalui frasa “bayang-bayang di ruang kelas” yang boleh melambangkan kenangan, harapan atau tekanan yang dialami pelajar, dan frasa “benih yang ditanam sepanjang musim”, iaitu simbol kepada usaha yang berterusan yang akan membuahkan hasil. Akhir sekali, iaitu bahasa emotif yang digunakan oleh penulis seperti “penawar luka”, “hulur harapan” dan “semangat tak mudah rebah” membangkitkan rasa simpati, harapan dan kekuatan emosi。
Antara kekuatan sajak ini ialah temanya yang dekat dengan jiwa pelajar selain gaya bahasa yang indah dan berkesan. Penulis juga berjaya menggunakan nada motivasi dan positif untuk membangkitkan semangat, menanam harapan dan keyakinan sebagai pelajar. Struktur sajak ini juga teratur dan berirama. Namun, oleh sebab temanya yang agak klise, menyebabkan ia kurang menonjol. Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis juga bersifat agak selamat, tidak terlalu eksperimental atau mencabar norma puisi moden – lebih kepada gaya konvensional. Penulis juga kurang memasukkan konflik atau ketegangan dramatik yang boleh menambah kedalaman emosi kerana sajak ini lebih bersifat reflektif dan berbentuk motivasi。
Sajak “Hati Muda” karya Toh Zheng Feng mengangkat keindahan dan kejujuran zaman remaja yang penuh semangat, impian dan kenangan. Ia menggambarkan jiwa muda yang bebas, berani dan tulus dalam mengejar cita-cita, meskipun arah hidup berubah mengikut waktu. Ia menyorot waktu remaja sebagai fasa yang paling jujur dan lantang dalam mencari makna hidup, walaupun arah masa depan belum jelas。

Sajak ini juga menyampaikan pemikiran bahawa tempoh remaja ialah waktu yang paling tulus dan berani dalam hidup, impian dianggap lebih penting daripada destinasi dan setiap langkah diwarnai oleh harapan serta resah yang jujur. Ia menekankan bahawa walaupun masa berlalu dan arah hidup berubah, semangat dan kenangan zaman muda tetap hidup dalam hati.
Sajak ini menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti personifikasi melalui frasa “angin menyapu rambutku” – angin digambarkan seolah-olah makhluk hidup yang menyentuh, memberi kesan lembut dan puitis dan frasa “hati muda terus berkibar bersama angin dan doa” – hati muda digambarkan seperti bendera yang berkibar, melambangkan semangat yang terus hidup. Metafora pula dapat dilihat melalui frasa “keberanian muda, bagai langit tak bertepi” – keberanian remaja diibaratkan sebagai sesuatu yang luas dan tidak terbatas, dan frasa “bintang dalam malam kelam” – kenangan indah digambarkan sebagai cahaya dalam kegelapan, melambangkan harapan dan keindahan masa lalu. Penulis juga menggunakan simbolisme melalui frasa “lagu remaja” – melambangkan suara, semangat dan kejujuran zaman muda, dan frasa “beg di bahu” – simbol kepada beban harapan dan kerisauan yang ditanggung oleh remaja dalam perjalanan hidup。
Dari segi asonansi dan aliterasi, penulis menggunakan frasa seperti “paling jujur, paling lantang, paling nyata”, memberi kesan irama dan penegasan terhadap keaslian jiwa remaja. Bahasa emotif yang digunakan pula ialah “setiap detik yang pernah kita genggam” dan “harapan dan resah bersatu”, membangkitkan rasa nostalgia, keakraban dan kejujuran emosi. Inversi dan struktur berulang pula boleh dilihat melalui frasa “langkah demi langkah, dalam irama tak tentu” menunjukkan struktur berulang yang memberi kesan mendalam dan ritma yang selari dengan tema perjalanan hidup。
Gaya bahasa sajak ini puitis dan kaya dengan imejan. Sajak ini juga bernada nostalgia dan emotif dengan temanya yang universal dan relevan membangkitkan kenangan zaman remaja. Struktur yang teratur dan mengalir dalam sajak ini juga merupakan kekuatannya yang menjadikan pembacaan terasa semula jadi dan menyentuh。
Walau bagaimanapun, sajak ini kurang konkrit dari segi latar atau peristiwa yang mungkin menyukarkan pembaca muda untuk membayangkan konteks sebenar. Seterusnya ialah tiada konflik atau ketegangan yang boleh menambah lapisan emosi dan dinamisme kerana sajak ini bersifat tenang dan sentimental。Kelemahan yang ketara ialah pengulangan idea (tentang impian dan semangat muda) tanpa perkembangan baharu。
Namun sajak “Hati Muda” kuat dari segi emosi, gaya bahasa dan tema, menjadikannya karya yang menyentuh dan indah. Walaupun ia tidak dramatik atau kompleks dari segi naratif, kekuatan sajak terletak pada kejujuran dan keindahan jiwa remaja yang dirakam dengan penuh rasa。
ADVERTISEMENT
热门新闻
百格视频
ADVERTISEMENT
