星洲网
星洲网
星洲网 登入
Newsletter|星洲网 Newsletter 联络我们|星洲网 联络我们 登广告|星洲网 登广告 关于我们|星洲网 关于我们 活动|星洲网 活动

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

地方

|

砂专栏/交流站

|
发布: 8:00am 21/05/2024

语文出版局星洲 合力推广学国语(14)

语文出版局砂拉越分局与星洲日报携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。

ADVERTISEMENT

有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。

Bahasa Penyatuan Bangsa dan Perjalanan Melankolik dalam Sajak

Oleh: Mohamad Faizal Jamil

SAJAK “Bahasa yang Kucintai” karya Jee Kuok An merupakan ode untuk bahasa yang telah menjadi sebahagian daripada identiti satu bangsa. Dalam konteks ini dapat diinterpretasikan sebagai bahasa Malaysia. Sajak ini menggambarkan bagaimana bahasa telah melalui masa, menyerap perubahan dari zaman ke zaman dan menjadi indah kerana keberagamannya.

Sajak ini bertemakan rasa cinta dan keprihatinan terhadap bahasa kebangsaan serta peranannya sebagai simbol penyatuan dan identiti bangsa di tengah-tengah perubahan sosial dan pelbagai latar belakang masyarakat. Penulis menekankan kepentingan memelihara dan meraikan bahasa ini, meskipun terdapat tentangan daripada masyarakat yang cuba mengabaikan bahasa kebangsaannya sendiri.

Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini mencakup pelbagai elemen stilistika seperti personifikasi. Bahasa digambarkan seolah-olah memiliki perasaan dan kemampuan untuk berinteraksi. Misalnya, “dirimu bergitu mesra” dan “usahlah engkau bersedih“. Terdapat juga pertanyaan retorik yang tidak memerlukan jawapan digunakan sebagai penekanan dan membangkitkan pemikiran melalui ungkapan, “mengapa masih ada yang menyisihmu?” Di samping itu penggunaan kontra antara masa lalu dan masa kini seperti “dari kuno hingga ke moden” dan “semua telah berubah“, digunakan untuk melukiskan perubahan terhadap pandangan masyarakat terhadap bahasa.

Selain itu, penulis juga menggunakan analogi bahasa sebagai agen. Misalnya, “sebagai agen perpaduan bangsa” yang menyerupai suatu wahana dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Terdapat juga pengulangan kata dan frasa tertentu. Misalnya perkataan “mengapa” yang digunakan untuk menekankan sebuah tema atau konsep. Manakala simbolisme memperlihatkan bahasa diberikan makna yang lebih dalam sebagai simbol perpaduan bangsa dan kebanggaannya sebagai bahasa kebangsaan.

        Dari sudut pemikiran, terdapat elemen evolusi bahasa dari semasa ke semasa melalui penyerapan kata-kata baharu dan mengadaptasi perubahan sosial yang menunjukkan kekayaan dan keindahan bahasa Malaysia sebagai bahasa penyatuan rakyat. Kekuatan sajak “Bahasa yang Kucintai” meliputi penggunaan personifikasi yang membuat bahasa seolah-olah hidup lantas meningkatkan ikatan emosi dengan pembaca. Keupayaan mengangkat isu pengabaian terhadap bahasa kebangsaan juga merupakan topik yang berani dan relevan, mendorong refleksi dan perbahasan tentang identiti kebangsaan yang sejati. Selain itu, sajak ini menyampaikan pesan yang positif tentang pentingnya bahasa sebagai alat penyatuan bangsa yang memberikan inspirasi dan motivasi.

Bagaimanapun, terdapat juga kelemahan seperti pengulangan tema. Walaupun ia dapat memberi kesan penekanan, namun ia dapat mengurangkan estetika sajak tersebut. Meskipun begitu, secara keseluruhannya, sajak ini mampu menyedarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan.

Sajak “Menara Fikiran” pula menggambarkan pencarian makna dan pemahaman melalui perenungan dan introspeksi. Dengan latar waktu senja yang menjadi metafora untuk peralihan, refleksi dan pertimbangan narasi membawa pembaca melalui sebuah perjalanan yang melankolik namun bijaksana.

Tema utama dalam sajak “Menara Fikiran” adalah pencarian makna dan pengetahuan melalui perenungan diri dan introspeksi peribadi. Sajak ini menggunakan waktu senja sebagai simbol peralihan dan renungan. Fikiran dikisahkan “berlayar di rimba bulan”, menandakan perjalanan batin menuju alam yang lebih dalaman dan mungkin tidak terjamah. Lautan kenangan yang “mengalir dalam gelombang senyuman” menunjukkan bahawa pemikiran tentang masa lalu mampu menjadi sumber pelajaran yang positif. Manakala “dermaga rahsia” dan “pintu-pintu mimpi yang terbuka” melambangkan tingkatan baharu dari penemuan diri dan keberanian untuk menghadapi sesuatu yang tidak diketahui.

Gaya bahasa dalam sajak ini mencakup penggunaan figura bahasa seperti metafora yang luas menciptakan gambaran abstrak dan mendalam, seperti “rimba bulan” yang melambangkan alam fikiran yang misteri dan luas serta “menara fikiran” yang menggambarkan kestabilan dan kekukuhan proses intelektual. Personifikasi yang terdapat dalam sajak ini menghidupkan konsep seperti waktu dan fikiran, seolah-olah mempunyai kemampuan untuk berlayar dan berlabuh. Manakala penggunaan imejan seperti “lautan kenangan” dan “gelombang senyuman” juga mampu menghasilkan citra visual yang kuat dan menimbulkan emosi. Selain itu terdapat juga pengulangan kata “mencari” di akhir sajak untuk memberi penekanan pada usaha berterusan dalam pencarian kebenaran dan pengetahuan.

Dari segi kekuatan, sajak ini mampu menciptakan sebuah dunia metafora yang mengundang pembaca untuk merenung dan berimaginasi serta memperkaya pengalaman pembaca. Penggunaan citra seperti “rimba bulan“, “lautan kenangan” dan “menara fikiran” juga mampu mencipta suasana yang menggugah emosi dan merangsang indera. Dengan temanya yang universal membuatkan sajak ini relevan dan dapat dihubungkan dengan pengalaman peribadi. Manakala penjelajahan emosi dalam sajak ini juga menjadi kekuatan kepada pembaca untuk bermuhasabah diri.

Kelemahan yang terdapat dalam sajak ini mungkin sahaja dari segi ketidakjelasannya dengan menggunakan metafora yang padat sekali gus menyebabkan pembaca sedikit keliru dan kebingungan untuk mentafsirkannya. Ini termasuklah gaya bahasa yang terlalu simbolik sifatnya.

Secara keseluruhan, “Menara Fikiran” adalah sebuah sajak yang melukiskan perjalanan intelektual dan emosional dengan cara yang kaya secara artistik. Boleh dikatakan sajak ini merupakan sebuah sajak yang baik untuk ditekuni dari segi keindahan bahasanya.

打开全文

ADVERTISEMENT

热门新闻

百格视频

ADVERTISEMENT

点击 可阅读下一则新闻

ADVERTISEMENT