星洲网
星洲网
星洲网 登录
我的股票|星洲网 我的股票
Newsletter|星洲网 Newsletter 联络我们|星洲网 联络我们 登广告|星洲网 登广告 关于我们|星洲网 关于我们 活动|星洲网 活动

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

发布: 12:05pm 19/04/2023

语文出版局星洲 合力推广学国语(1)

ADVERTISEMENT

跨语文和单位合作!

国家语文出版局砂拉越分局与星洲日报携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。

有关栏目将在每个月的第3个星期二推出,首篇将在4月18日刊登在砂拉越星洲日报。

首期栏目将刊登2篇诗歌,并附上注解。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。

这项跨语文媒体平台的合作,目的是鼓励更多国人通过创作及撰写文章学习国语。今年也是砂拉越参组大马60周年纪念,这也响应并支持团结政府倡导塑造公平及民主进步的国家且符合国家原则的号召,以及促进种族团结。

Implikatur di Sebalik Sajak “Awan Manis” dan “Perjalanan Yang Tertangguh”

Oleh: Mohamad Faizal Jamil

Sajak “Awan Manis” hasil karya Chong Sin Yi bertemakan kasih sayang. Tajuknya bersifat retorik dan mudah memancing khalayak untuk membacanya. Pemilihan diksi  dalam sajak ini sederhana namun tetap menimbulkan makna yang menarik. Sajak ini merupakan ekspresi penulis terhadap kehidupan yang serba indah sambil menerapkan elemen-elemen alam yang diadun dalam kata-katanya. Penulis dengan cerdas mengambil sesuatu yang berbeza untuk menyampaikan pesannya tentang erti kebahagiaan dalam sebuah kehidupan. Pada rangkap yang pertama, penulis mengawali sajaknya dengan mesej tentang ketenangan dan kebebasan. Dalam konteks negara kita, memang agak pelik jika kita mendapati seseorang berbaring atas hamparan rumput, namun untuk mewujudkan kesan tentang sebuah kedamaian, penulis bijak menggunakan kata-katanya sebagai sebuah metafora yang cantik.

Ungkapan “Memandang ke langit biru/ betapa cantiknya awan putih/seakan-akan adunan marshmallow” membisikkan tentang keindahan alam yang merujuk kepada warna putih – memaknai tentang kejernihan, ketulusan dan kesucian jiwa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia tidak akan dapat lari daripada masalah. Dalam rangkap kedua, penulis menggelimuni sesuatu yang suram agar bersilih ceria dengan ungkapannya, “Ingin aku terbang ke langit/memetik gula-gula artistik/untuk kuhadiahkan buat ayah dan bonda/juga buat teman comelku/biar semuanya bersalut manis”. Dalam ungkapan ini, sekali lagi penulis cuba bermain dengan sesuatu yang bersifat implikatur. Ungkapan, “memetik gula-gula artistik” merupakan metafora kepada sebuah kemanisan dalam kehidupan yang kemudiannya dicurahkan kepada insan yang disayangi. Akhirnya, “biar semuanya bersalut manis” bermaksud membebaskan diri daripada kemelut yang menjadi kendala perjalanan dalam kehidupan. Penulis cuba mengajak pembaca agar hidup dalam suasana ceria walaupun dilingkari oleh pelbagai dugaan. Dalam kehidupan, semua orang boleh berkeluh kesah tentang  masalah yang memberatkan hatinya, namun perlu ada kekuatan untuk mengatasinya dengan menghargai setiap pengalaman manis bagi menghindarkan sebuah kehidupan tanpa makna.

Penulis akhirnya merangkumkan harapannya melalui ungkapan, “Semua insan pasti mengukir senyum/…tanpa titik-titik pahit/…terjelmalah sebuah kebahagiaan”. Dalam kehidupan, kita perlu bijak menanganinya dengan tenang dan sabar. Memang benar lain orang, lain ujiannya. Akan tetapi setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Walaupun sajak ini nampak bersahaja dan menarik, namun tidak semua pembaca boleh memahami makna sajaknya jika tidak dibaca dan diteliti dengan baik.

Penulis menggunakan laras bahasa yang biasa dan agak mudah difahami. Sedangkan seni penulisan sajak lebih banyak menggunakan bahasa figuratif yang kaya dengan makna kata yang tersirat, seterusnya membawa kepada pentafsiran dan meraikan nilai-nilai estetika dalam sajak. Penulis perlu menguasai bahasa dengan baik serta memperkaya kosa kata. Banyakkan membaca dan menelaah sajak penulis lain.

Sajak “Perjalanan yang Tertangguh (Datuk Seri Anwar Ibrahim)”, karya Chin Jui Kun pula merupakan sajak bertema perjuangan. Hal yang menarik pada sajak ini ialah ia sebenarnya sebuah kronologi kehidupan dan perjuangan politik Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Penulis perlu peka dengan ejaan gelaran yang sepatutnya “Dato” bukannya “Datuk”. Walau bagaimanapun, saya cukup tertarik dengan tajuk sajak ini. Kita sudah dapat mengagak isinya, apatah lagi apabila memetik nama tokoh yang diketahui sejarah perjuangannya. Maka boleh dikatakan sajak ini bukanlah suatu yang baharu dari segi pemikirannya.

Sajak ini menceritakan kekaguman penulis terhadap pemimpin negara yang tegar dalam perjuangannya setelah menempuh pelbagai dugaan. Berani saya katakan bahawa penulis mungkin mendapat ilham setelah membaca buku yang berjudul Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar, tulisan Amin Ahmad.

Bermula dengan rangkap yang pertama, penulis menceritakan tentang Anwar Ibrahim, seorang anak muda yang lahir dari sebuah kawasan perbukitan Cherok Tok Kun,  Pulau Pinang akhirnya berhijrah ke kota dengan impian yang besar, iaitu untuk meneruskan perjuangan keluarganya membina sebuah negara berdaulat yang telah mencapai kemerdekaan ketika itu. Suasana kemerdekaan yang terhasil daripada kebangkitan nasionalisme, telah mencorakkan semangat dan persekitaran dalam keluarganya. Ketika itu juga beliau mampu memimpin gerakan mahasiswa dan belia bermula lewat 1960-an. Maka ramailah yang membuka mata serta menghormati ketokohan beliau, terutamanya ketika menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia sehingga dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.

Perjuangannya kemudian diuji dengan pelbagai tuduhan sehingga beliau dipenjarakan mulai dari tahun 1999 dan dibebaskan pada penghujung tahun 2004. Namun selepas itu sekali lagi beliau dimasukkan ke penjara pada tahun 2014 sebelum dibebaskan semula pada tahun 2018. Kalau diamati, perjuangannya seolah-olah terhenti ketika dia dipenjarakan. Ini dapat diperhatikan dalam rangkap yang kedua apabila penulis mengungkapkan, “Namun langit tidak selalunya cerah/ujian hebat menduga perjuangan/tirai besi menjadi halangan/seolah sudah ternoktahnya harapan”.

Dalam rangkap yang ketiga, penulis menggambarkan betapa Anwar Ibrahim selama berada dalam penjara masih lagi mampu mengobarkan semangat perjuangannya dalam usia yang semakin meningkat. Di penjara, dia mula mengatur rencana dan mengorak segala tindak agar api perjuangannya tidak terpadam begitu sahaja. Akhirnya setelah meniti saat-saat getir, Anwar Ibrahim yang dibebaskan pada tahun 2018 mula mengorak langkah perjuangannya semula dalam bidang politik sehingga akhirnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Ini dapat dilihat dalam rangkap yang terakhir sajak ini, “24 November 2022 sejarah indah tercipta/Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri/sekaligus telah menyempurnakan perjalanan figura hebat ini/yang tertangguh selama 24 tahun”.

Penulis menampakkan gaya penulisan yang baik walaupun menggunakan laras bahasa biasa. Penulis perlu menguasai bahasa dengan baik bagi menghasilkan karya yang puitis. Selain membaca karya karyawan mapan, penulis juga boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan kreatif, terutamanya dalam bahasa Melayu.

Ternyata penulis berketurunan Cina juga mampu menyaingi penulis-penulis Bumi Kenyalang yang lain dalam dunia penulisan. Sebenarnya Sarawak pernah melahirkan beberapa orang penulis berketurunan Cina yang cukup prolifik. Malah salah seorang daripada mereka telah dinobatkan sebagai penerima S.E.A. Write Award dan sekali gus diangkat sebagai Sasterawan Negeri Sarawak ke-4, iaitu Jong Chian Lai.

扫描提呈作品。

打开全文

ADVERTISEMENT

热门新闻

百格视频

ADVERTISEMENT

点击 可阅读下一则新闻

ADVERTISEMENT